
Saidina Abu
Bakar menangis apabila mendengar ayat ini. Beliau faham tentang ayat ini
diturunkan di mana Rasulullah akan meninggalkan mereka kerana telah cukup
segala ajaran yang disampaikan kepada seluruh manusia. Selang beberapa bulan
kemudian Rasulullah wafat dan meninggalkan kepada manusia 2 perkara iaitu
Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Sekarang
ini ramai yang mengaku Islam tetapi hanya sekadar pada nama tetapi tidak
memahami apa itu Islam sebenarnya. Sepatutnya kita perlu memahami ajaran Islam
kerana Islam adalah agama yang sejahtera (selamat, bahagia, sejahtera).Nescaya
apabila kita menganut Islam dengan hati yang tulus ikhlas, kita akan mendapat
kesejahteraan, ketenangan dan keamanan. Sepatutnya kita berbangga dengan agama
Islam yang kita anuti.
Sebenarnya
orang yang merasakan dirinya dapat menghiburkan orang lain sebenarnya dirinya
tidak terhibur. Inilah apa yang terjadi kepada penyanyi-penyanyi popular.
Kita
sepatutnya merenung diri kita, adakah kita telah menghayati ajaran Islam
seperti yang sepatutnya. Kalau manusia tidak mengenal Islam pada sudut yang
sebenarnya, perkara-perkara buruk yang mustahil boleh berlaku. Oleh itu, kita
perlu sentiasa belajar agama dan mengenal cara yang betul. Saidina Umar r.a
pernah berkata:“Sesungguhnya ajaran Islam akan terungkai sedikit demi sedikit
bila ada individu tidak mengenal ajaran dan perbuatan Islam dan mengamal hidup
Jahiliah.”
Kita perlu
mengikis sifat-sifat Jahiliah yang ditinggalkan dan menggantikan dengan
sifat-sifat Islam dan menunaikan tuntutan-tuntutan Islam dalam kehidupan kita.
Segala sesuatu yang dilakukan hendaklah berteraskan kepada akidah Islam yang
sebenarnya. Sebaliknya jika tidak, maka tamadun manusia itu akan runtuh dan
masyarakat akan rosak akhlak.
Orang yang
berada dalam keadaan desak iaitu ketika hendak menemui ajal dan tetap berdegil
dengan kesilapan yang lalu, maka dia tergolong dalam golongan orang yang
bongkak. Orang yang melakukan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain berdosa,
maka orang itu juga berdosa.
Maka, kita
hendaklah mempunyai pegangan untuk mencari kebenaran Islam yang sempurna dan
melaksanakan segala suruhan Allah.
TANDA-TANDA BAHAGIA MENGIKUTI KONSEP ISLAM
1.Menjauhkan diri daripada urusan-urusan dunia yang tak penting dan orang yang
cinta kepada akhirat
--berlaku adil ( meletakkan sesuatu pada tempatnya)
--mencintai akhirat melebihi mencintai dunia
2.Kuat kemahuan kepada
ibadah dan membaca Al-Qur’an
3.Orang yang sedkit
bercakap dan banyak bekerja
4.Orang yang sentiasa
menjaga solat fardhu 5 kali sehari
5.Orang yang menjaga
diri daripada perkara-perkara yang haram dan syubhat
6.Orang yang bersahabat
dengan orang yang soleh
7.Tawaddhu’(rendah
diri), tidak takbur dan tidak sombong
8.Bersifat dermawan
lagi mulia
9.Belas kasihan kepada
makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada
orang lain
11. Orang yang sentiasa mengingati mati
PENYAKIT HATI
Tanda-tanda penyakit hati:
1. Tidak minat belajar
2. Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang
bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di dunia
3. Malas beribadat
4. Gemar/seronok untuk buat maksiat
5. Suka dipuji-puji dan bermegah-megah
"Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam
diri walaupun hanya sebesar biji sawi” ---Hadis Nabi---
6. Tidak suka kepada kebajikan
Cara
merawat hati:
1. Banyakkan berbuat ibadat
2. Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
“Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
---Surah Al-Kahfi 28---
3. Melakukan Qiamullail
4. Banyakkan berpuasa
5. Mancari sumber rezeki yang halal
15 AZAB
BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
6 azab di
dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
3
azab ketika di dalam kubur
1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas
api tersebut
3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana
petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa
kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari
Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”,
begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih
Nauzubillahiminzalik….
TAUBAT
Kenapa kita perlu bertaubat:
1.
Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia
dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila dia berbuat
salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan
beristighfar.
2. Setelah orang tersebut berbuat keji, maka dia
sedar dengan kesilapannya, dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan
siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan
kejinya itu, sedang mereka megetahui.
Cara-cara bertaubat:
1. Melalui perbuatan—menyesal dengan apa yang
telah kita lakukan
-Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama
-Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya
-Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini
-Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang
itu
-Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala
kelemahan
2. Melalui lisan---beristighfar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan Obat kepada dosa ini adalah
istighfar”
Syaitan akan terbakar apabila kita mengucap kalimah Lailaha illallah…..dan
istighfar.
Syaitan sering memerangkap manusia itu dengan
sikap riak dan takbur dengan menganggap kita adalah yang terbaik.
Taubat tidak sempurna kalau:
1. Kalau tidak menambah ilmu
2. Kalau tidak bertambah amalannya
3. Kalau akhlaknya tidak bertambah baik
4. Masih menyimpan
perasaan marah dan benci kepada orang lain
LIMA
PERKARA YANG BAGUS DISEBUT-SEBUT
5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk
memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad
saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini
iaitu:
1. Perbanyakkan
menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan
menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyakkan
menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
4. Jangan
menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan
menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.
Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama.
"Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada
yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan
semua
jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
"mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati.(Al-Imran:185).
ENAM
PERSOALAN HIDUP

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya
ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu
Imam
Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah
benar. Tapi
yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab
itu kita
harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai
dengan ajaran Agama.
Lalu Imam
Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang
ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang
menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam
Ghazali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
"nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat
adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab
baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam
Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu
memikul
tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di
dunia ini.
Tetapi
manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang
amanahnya.
Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang
paling ringan di dunia ini?".
Ada yang
menjawab Kapas, angin, debu, dan
daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan
di
dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita
tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang
keenam dan
terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di
dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata
Imam
Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah
manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
12
GOLONGAN DI HARI AKHIRAT
Firman
Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut
diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya
Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis
sebelum
menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh
baginda.
Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz,
umatku kelak apabila bangkit dari kubur
akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan
hanya 1
golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang
memasuki
neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka
suka
menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan
kala.
Inilah balasan bagi mereka yang
enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka
yang
mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan
mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah
dari
mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya
keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta
mati sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini
balasan
mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka
yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah
balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka
yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya
berjuntai
hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini
adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga
ialah:
12.Mereka
yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim
laksana
kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan
menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam
keadaan
bertaubat."
BENTUK-BENTUK
AKHLAK
Bentuk-bentuk akhlak dengan Allah :
1.Mengenal Allah dengan
yakin
2.Merasakan kebesaran
Allah
3.Merasa takut dengan
siksaan Allah
4.Merasa sentiasa
diawasi Allah
5.Merasa rendah diri
terhadap Allah
6.Meredhai setiap
takdir dan ketentuan-Nya
7.Sabar dengan
ujian Allah
8.Mencintai Allah lebih
daripada yang lain dan selalu mengingati-Nya
9.Tawakkal kepada Allah
dan mengharapkan rahmat-Nya
10.Rindu kepada syurga
dan pertemuannya dengan Allah
Bentuk-bentuk
akhlak kepada manusia :
1.Mencintainya
sebagaimana mencintai dirinya sendiri
2.Merasa gembira dengan
kegembiraannya begitu pula apabila bersedih
3.Mengharap kebaikan
buatnya dan terjauh dari bencana
4.Benci terhadap
kejahatannya tetapi kasihan terhadapnya dan menasihatinya
5.Kebaikannya ditiru,
kejelekannya diperbaiki dan dirahsiakan
6.Mengenang jasanya dan
membalasnya kerana Allah
7.Memaafkannya dan
sanggup pula meminta maaf
8.Berlapang dada dan
berbaik sangka dengan manusia.
20
SIFAT WAJIB ALLAH SWT
1. Wujud
Ertinya Allah itu ada.
2. Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.
3. Baqa
Ertinya
Allah itu kekal selama-lamanya.
4. Mukhalafatuhu
Lil Hawadis
Ertinya
Allah tidak meyerupai dengan makhluk.
5. Qiyamuhu
Binafsihi
Ertinya
Allah tidak memerlukan kepada yang
lainnya.
6. Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.
7.Qudrat
Ertinya
Allah itu Maha Berkuasa.
8. Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut
kehandakNya.
9. Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.
10. Hayat
Ertinya
Allah itu bersifat dengan hidup.
11. Sama'
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.
12. Basar
Ertinya
Allah itu bersifat melihat.
13. Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata
atau berfirman.
14. Kaunuhu
Qaadiran
Ertinya
Allah itu sentiasa bersifat dalam
keadaan berkuasa.
15. Kaunuhu
Muriidan
Ertinya
Allah itu bersifat sentiasa dalam
keadaan menghendaki.
16. Kaunuhu
'Aaliman
Ertinya
Allah itu sentiasa dalam keadaan
mengetahui.
17. Kaunuhu
Hayyan
Ertinya
Allah itu bersifat tetap dalam keadaan
hidup.
18. Kaunuhu Samii'an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan
mendengar.
19. Kaunuhu
Basiiran
Ertinya
Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan
melihat.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam
keadaan berkata-kata.
RUKUN
ISLAM : 5 PERKARA
1. Mengucap Dua Kalimah Syhahadah
2. Sembahyang 5 Waktu Sehari Semalam
3. Berpuasa Di Bulan Ramadan
4. Mengeluarkan Zakat
5. Mengerjakan Haji Di Baitullah
RUKUN
IMAN : 6 PERKARA
1.
Beriman Kepada Allah
Dengan
Iman kita membulatkan keyakinan dan
menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara
positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak
segala
bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
2. Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk
ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah
Allah. Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang
diberitakan
oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib
yang tidak
diberitakan oleh Allah.
3.
Beriman Kepada Kitab
Dengan
beriman kepada kita suci kita mempercayai
adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui
utusanNya
masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci
ini
diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4.
Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan
beriman kepada Nabi dan Rasul kita
mempercayai adanya manusia polihan yang diutuskan oleh Allah untuk
memberikan
petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik
kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan
berkekalan yaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di
syurga
atau neraka.
6.
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Dengan
beriman kepada Qada dan Qadar, kita
mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan
di
dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di
dalam
kekuasaanNya.
TANGGUNG JAWAB ANAK
TERHADAP KEDUA IBU/BAPAK
1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus
segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak
dilarang memanggil kedua ibu bapanya
dengan penggilan nama.
3.
Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran
yang mulia.
4. Anak
mestilah berbicara dengan lemah lembut
terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap
dengan keduanya.
6. Bila
keduanya menyuruh untuk melakukan
sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan
itu
tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka
tolaklah
dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus
berada di belakangnya.
8. Bila
keduanya memerlukan layanan maka anak
harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa
tidak
berlaku adil diantara anak-anaknya.
9.
Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan
keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana
sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua
kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita
maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat
kebencian
atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila
ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka
anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka
anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa
sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran
tersebut serta
segera memohon kemaafan.
16. Jika
anda sedang solat sunat tiba-tiba
keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan
mereka
walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya
sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari
kedua orang tua.
19. Setiap
kali berdoa anak mestilah mendoakan
akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan
amalan
yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia
maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang
yang
masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat
keduanya.
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu
mengikut
kemampuan anda.
No comments:
Post a Comment