Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:“Hari ini telah Ku-sempurnakan bagimu
agama kamu dan telah dicukupkan bagimu nikmat-Ku dan Aku telah redha untuk
menjadikan Islam sebagai agama kamu” (ayat terakhir yang diturunkan)
Saidina Abu
Bakar menangis apabila mendengar ayat ini. Beliau faham tentang ayat ini
diturunkan di mana Rasulullah akan meninggalkan mereka kerana telah cukup
segala ajaran yang disampaikan kepada seluruh manusia. Selang beberapa bulan
kemudian Rasulullah wafat dan meninggalkan kepada manusia 2 perkara iaitu
Al-Qur’an dan As-Sunnah.